Memeluk Islam, klik di sini
ISLAM AL-HAQ: QURAN & HADITH
(The True Islam)



- Rahmat dan kasih sayang Allah Besarnya Rahmat Allah Rasulullah bersabda: barangsiapa mendaki bukit Al Murar? maka dosanya akan diampuni sebagaimana diampuninya dosa bani Israil
Hadith Search Results :
Total Hadith : 1
Hadith Representative
Rasulullah bersabda: barangsiapa mendaki bukit Al Murar? maka dosanya akan diampuni sebagaimana diampuninya dosa bani Israil
Imam Muslim : 4986

حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُعَاذٍ الْعَنْبَرِيُّ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا قُرَّةُ بْنُ خَالِدٍ عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَصْعَدُ الثَّنِيَّةَ ثَنِيَّةَ الْمُرَارِ فَإِنَّهُ يُحَطُّ عَنْهُ مَا حُطَّ عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ قَالَ فَكَانَ أَوَّلَ مَنْ صَعِدَهَا خَيْلُنَا خَيْلُ بَنِي الْخَزْرَجِ ثُمَّ تَتَامَّ النَّاسُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكُلُّكُمْ مَغْفُورٌ لَهُ إِلَّا صَاحِبَ الْجَمَلِ الْأَحْمَرِ فَأَتَيْنَاهُ فَقُلْنَا لَهُ تَعَالَ يَسْتَغْفِرْ لَكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ وَاللَّهِ لَأَنْ أَجِدَ ضَالَّتِي أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ يَسْتَغْفِرَ لِي صَاحِبُكُمْ قَالَ وَكَانَ رَجُلٌ يَنْشُدُ ضَالَّةً لَهُ و حَدَّثَنَاه يَحْيَى بْنُ حَبِيبٍ الْحَارِثِيُّ حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ الْحَارِثِ حَدَّثَنَا قُرَّةُ حَدَّثَنَا أَبُو الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَصْعَدُ ثَنِيَّةَ الْمُرَارِ أَوْ الْمَرَارِ بِمِثْلِ حَدِيثِ مُعَاذٍ غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ وَإِذَا هُوَ أَعْرَابِيٌّ جَاءَ يَنْشُدُ ضَالَّةً لَهُ

Telah memberitahu kami ['Ubaidullah bin Mu'adz Al 'Anbari] telah memberitahu kami [ayahku] telah memberitahu kami [Qurrah bin Khalid] daripada [Abu Az Zubair] daripada [Jabir bin 'Abdullah] dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda; 'Siapa yang mendaki bukit Al Murar? Maka akan diampuni dosanya sebagaimana telah diampuni dosa Bani Israil. Jabir bin Abdullah berkata; 'Yang pertama mendaki bukit adalah penunggang kuda kami dari Bani Khazraj. Selepas itu, pasukan yang lain mengikut bersama.' Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda; 'Akan diampuni dosamu, kecuali dosa pemilik unta merah itu'. Selepas itu kami pergi kepada pemilik unta merah itu, sambil berkata; 'Ayo, mintalah Rasulullah mohonkan ampun untuk kamu! ' Rupa-rupanya pemilik unta merah itu menjawab; 'Sesungguhnya aku lebih suka mendapatkan kembali untaku yang hilang daripada sahabatmu - Nabi Muhammad - memohon ampun untukku'. Jabir berkata; 'Ternyata orang itu sedang mencari untanya yang hilang.' Dan telah diberitahu kepada kami [Yahya bin Habib Al Haritsi] telah memberitahu kami [Khalid bin Al Harits] telah memberitahu kami [Qurrah] telah memberitahu kami [Abu Az Zubair] daripada [Jabir bin 'Abdullah] dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda; 'Siapa yang mendaki bukit Al Murar atau Al Marar? Sebagaimana dalam Hadis Mu'adz sahaja dia berkata dengan lafazh; dan ternyata orang itu adalah seorang Badwi yang sedang mencari untanya yang hilang'.

Hadith Corroboration :