Hadith Representative
Seorang laki-laki yang berperawakan sedang tidak tinggi dan tidak pendek
Imam Tirmidzi : 3556حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ عَنْ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ ح و حَدَّثَنَا الْأَنْصَارِيُّ حَدَّثَنَا مَعْنٌ حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ سَمِعَ أنَسًا يَقُولُلَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالطَّوِيلِ الْبَائِنِ وَلَا بِالْقَصِيرِ الْمُتَرَدِّدِ وَلَا بِالْأَبْيَضِ الْأَمْهَقِ وَلَا بِالْآدَمِ وَلَيْسَ بِالْجَعْدِ الْقَطَطِ وَلَا بِالسَّبِطِ بَعَثَهُ اللَّهُ عَلَى رَأْسِ أَرْبَعِينَ سَنَةً فَأَقَامَ بِمَكَّةَ عَشْرَ سِنِينَ وَبِالْمَدِينَةِ عَشْرًا وَتَوَفَّاهُ اللَّهُ عَلَى رَأْسِ سِتِّينَ سَنَةً وَلَيْسَ فِي رَأْسِهِ وَلِحْيَتِهِ عِشْرُونَ شَعْرَةً بَيْضَاءَقَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Telah memberitahu kami [Qutaibah] daripada [Malik bin Anas]. Dan telah diriwayatkan dari jalan yang lain, telah diceritakan kepada kami [Al Ansari] telah memberitahu kami [Ma'n] telah memberitahu kami [Malik bin Anas] daripada [Rabi'ah bin Abu Abdurrahman] bahawa dia mendengar [Anas] berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah seorang yang sederhana tubuhnya, tidak tinggi atau pendek, tidak putih atau coklat, tidak kerinting dan tidak lurus. Allah mengutusnya ketika berumur empat puluh tahun, dia tinggal di Mekah selama sepuluh tahun - lebih - dan di Madinah selama sepuluh tahun. Allah mewafatkannya ketika berumur enam puluh tahun, di kepala dan janggutnya tidak lebih dari dua puluh helai rambut putih -beruban-'. Abu Isa berkata; 'Hadis ini hasan sahih.'