Hadith Representative
Malam sudah gelap, maka tahanlah bayi-bayi karena pada saat itu setan sedang berkeliaran
Imam Bukhari : 3059حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ أَخْبَرَنَا رَوْحٌ أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عَطَاءٌ سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَاقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ أَوْ أَمْسَيْتُمْ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ فَإِذَا ذَهَبَتْ سَاعَةٌ مِنْ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ وَأَغْلِقُوا الْأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًاقَالَ وَأَخْبَرَنِي عَمْرُو بْنُ دِينَارٍ سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ نَحْوَ مَا أَخْبَرَنِي عَطَاءٌ وَلَمْ يَذْكُرْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ
Telah memberitahu kami [Ishaq] telah memberitahu kami [Rauh] telah memberitahu kami [Ibn Juraij] berkata dia telah memberitahuku ['Atha'] dia mendengar [Jabir bin 'Abdullah radliallahu 'anhuma], Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Jika datang kegelapan malam, atau kamu berada di waktu petang, peliharalah anak-anak kamu kerana pada waktu itu syaitan sedang berkeliaran. Jika malam telah berlalu sebentar, bolehlah kamu tinggalkan mereka dan tutuplah pintu-pintu rumah dan sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup'. Beliau - Ibnu Juraij - berkata; 'Dan dia memberitahu saya ['Amru bin Dinar] bahawa dia mendengar [Jabir bin 'Abdullah] apa yang 'Atha' beritahu saya tetapi tidak menyebut kalimah dan menyebut nama Allah'.