Memeluk Islam, klik di sini
ISLAM AL-HAQ: QURAN & HADITH
(The True Islam)



- Akhlak Mulia Kasih sayang terhadap Binatang Seorang wanita pezina yang diampuni dosanya disebabkan (memberi minum seekor anjing)

Hadith Search Results :
Total Hadith : 1
Hadith Representative
Seorang wanita pezina yang diampuni dosanya disebabkan (memberi minum seekor anjing)
Imam Bukhari : 2190

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ سُمَيٍّ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَا رَجُلٌ يَمْشِي فَاشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ فَنَزَلَ بِئْرًا فَشَرِبَ مِنْهَا ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا هُوَ بِكَلْبٍ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ الْعَطَشِ فَقَالَ لَقَدْ بَلَغَ هَذَا مِثْلُ الَّذِي بَلَغَ بِي فَمَلَأَ خُفَّهُ ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ ثُمَّ رَقِيَ فَسَقَى الْكَلْبَ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِي الْبَهَائِمِ أَجْرًا قَالَ فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌتَابَعَهُ حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ وَالرَّبِيعُ بْنُ مُسْلِمٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ زِيَادٍ

Telah diceritakan kepada kami ['Abdullah bin Yusuf] telah memberitahu kami [Malik] daripada [Sumayya] daripada [Abu Shalih] daripada [Abu Hurairah radliallahu 'anhu] bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Ada seorang lelaki yang sedang berjalan dan dia merasa sangat dahaga lalu dia turun ke sebuah telaga dan minum dari air telaga itu. Apabila dia keluar dia mendapati seekor anjing menjulurkan lidahnya dan menjilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata: 'Anjing ini kehausan seperti saya tadi'. Maka dia -turun semula ke dalam perigi- dan mengisi kasutnya dengan air dan menggigit kasut itu dengan mulutnya dia naik ke atas dan memberi anjing itu minum. Kemudian dia bersyukur kepada Allah dan Allah mengampuninya'. Para sahabat bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah kami akan mendapat pahala dengan berbuat baik kepada haiwan?' Baginda shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: 'Setiap makhluk yang bernyawa diberi pahala'. Hadis ini juga diikuti oleh [Hammad bin Salamah] dan [Ar-Rabi' bin Muslim] daripada [Muhammad bin Ziyad].

Hadith Corroboration :

Imam Bukhari : 2190, 2286, 5550
Imam Muslim : 4162
Imam Abu Dawud : 2187
Imam Malik : 1455