Memeluk Islam, klik di sini
ISLAM AL-HAQ: QURAN & HADITH
(The True Islam)



- Malaikat Malaikat Maut Pencabut nyawa Kedatangan malaikat maut pencabut nyawa kepada para Nabi Musa menampar muka malaikat maut dan mencongkel matanya, sehinggga malaikat tersebut kembali menghadap Allah 'azza wajalla

Hadith Search Results :
Total Hadith : 1
Hadith Representative
Musa menampar muka malaikat maut dan mencongkel matanya, sehinggga malaikat tersebut kembali menghadap Allah 'azza wajalla
Imam Bukhari : 3155

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مُوسَى حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ ابْنِ طَاوُسٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَأُرْسِلَ مَلَكُ الْمَوْتِ إِلَى مُوسَى عَلَيْهِمَا السَّلَام فَلَمَّا جَاءَهُ صَكَّهُ فَرَجَعَ إِلَى رَبِّهِ فَقَالَ أَرْسَلْتَنِي إِلَى عَبْدٍ لَا يُرِيدُ الْمَوْتَ قَالَ ارْجِعْ إِلَيْهِ فَقُلْ لَهُ يَضَعُ يَدَهُ عَلَى مَتْنِ ثَوْرٍ فَلَهُ بِمَا غَطَّتْ يَدُهُ بِكُلِّ شَعَرَةٍ سَنَةٌ قَالَ أَيْ رَبِّ ثُمَّ مَاذَا قَالَ ثُمَّ الْمَوْتُ قَالَ فَالْآنَ قَالَ فَسَأَلَ اللَّهَ أَنْ يُدْنِيَهُ مِنْ الْأَرْضِ الْمُقَدَّسَةِ رَمْيَةً بِحَجَرٍ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ كُنْتُ ثَمَّ لَأَرَيْتُكُمْ قَبْرَهُ إِلَى جَانِبِ الطَّرِيقِ تَحْتَ الْكَثِيبِ الْأَحْمَرِقَالَ وَأَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ هَمَّامٍ حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَهُ

Telah memberitahu kami [Yahya bin Musa] telah memberitahu kami ['Abdur Razzaq] telah memberitahu kami [Ma'mar] daripada [Ibn Thawus] daripada [bapanya] daripada [Abu Hurairah radliallahu 'anhu] berkata: 'Pada suatu hari malaikat maut diutuskan kepada Musa 'Alaihissalam. Apabila dia bertemu dengannya, -Nabi Mua 'Alaihissalam- memukul matanya. Maka kembalilah malaikat maut kepada Tuhannya dan berkata: 'Engkau telah mengutusku kepada hamba yang tidak mahu mati'. Maka Allah berfirman: 'Kembalilah dan suruh dia meletakkan tangannya di atas punggung lembu jantan. Setiap bulu lembu yang dilitupi tangannya bererti satu tahun umur baginya'. Nabi Musa 'Alaihissalam bertanya: 'Ya Rabb, setelah itu apa? Allah berfirman:: 'Kematian'. Maka Nabi Musa 'Alaihissalam berkata: 'Sekaranglah masanya'. Kemudian Nabi Musa 'Alaihissalam meminta Allah mendekatkan dia ke tanah suci - Al Muqaddas - dalam jarak sehelai batu'. Abu Hurairah ra berkata; Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Seandainya aku berada di sana, nescaya aku akan menunjukkan kepadamu lokasi kubur yang berada di tepi jalan di bawah timbunan pasir merah'. Beliau -'Abdur Razzaq- berkata; 'Dan telah dikhabarkan kepada kami [Ma'mar] daripada [Hammam] telah memberitahu kami [Abu Hurairah radliallahu 'anhu] daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam seperti hadis ini juga.

Hadith Corroboration :

Imam Ahmad : 7326, 7825, 8262
Imam Bukhari : 3155
Imam Muslim : 4374, 4375