Memeluk Islam, klik di sini
ISLAM AL-HAQ: QURAN & HADITH
(The True Islam)



- Rahmat dan kasih sayang Allah Besarnya Rahmat Allah Allah lebih sayang kepada hamba-Nya daripada seorang ibu kepada anaknya

Hadith Search Results :
Total Hadith : 1
Hadith Representative
Allah lebih sayang kepada hamba-Nya daripada seorang ibu kepada anaknya
Imam Muslim : 4947

حَدَّثَنِي الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْحُلْوَانِيُّ وَمُحَمَّدُ بْنُ سَهْلٍ التَّمِيمِيُّ وَاللَّفْظُ لِحَسَنٍ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي مَرْيَمَ حَدَّثَنَا أَبُو غَسَّانَ حَدَّثَنِي زَيْدُ بْنُ أَسْلَمَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ أَنَّهُ قَالَ قَدِمَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَبْيٍ فَإِذَا امْرَأَةٌ مِنْ السَّبْيِ تَبْتَغِي إِذَا وَجَدَتْ صَبِيًّا فِي السَّبْيِ أَخَذَتْهُ فَأَلْصَقَتْهُ بِبَطْنِهَا وَأَرْضَعَتْهُ فَقَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَرَوْنَ هَذِهِ الْمَرْأَةَ طَارِحَةً وَلَدَهَا فِي النَّارِ قُلْنَا لَا وَاللَّهِ وَهِيَ تَقْدِرُ عَلَى أَنْ لَا تَطْرَحَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَلَّهُ أَرْحَمُ بِعِبَادِهِ مِنْ هَذِهِ بِوَلَدِهَا

Telah memberitahu saya [Al Hasan bin 'Ali Al Hulwani] dan [Muhammad bin Sahl At Tamimi] -dan lafadh ini kepunyaan Hasan-; telah memberitahu kami [Ibn Abu Maryam] telah memberitahu kami [Abu Ghassan] telah memberitahu saya [Zaid bin Aslam] daripada [bapanya] daripada ['Umar bin Al Khaththab] bahawa dia berkata; 'Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah mendapatkan beberapa tawanan perang. Tiba-tiba seorang wanita di antara mereka mencari bayinya dalam kumpulan tawanan, lalu dia mengambilnya, memeluknya dan menyusukannya. Melihat hal ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bertanya kepada kami: 'Apakah menurutmu wanita itu sanggup membuang bayinya ke dalam api? ' Kami menjawab; 'Demi Allah, dia tidak akan sanggup mencampakkan anaknya ke dalam api selagi dia masih mampu melindunginya daripada api.' Lalu Rasulullah bersabda: 'Sesungguhnya cinta Allah kepada hamba-Nya melebihi cinta wanita kepada anaknya.'

Hadith Corroboration :


Imam Bukhari : 5540
Imam Muslim : 4947