Hadith Representative
Keutamaan Ali: dicintai oleh mukmin, dibenci oleh munafik
Imam Ibnu Majah : 111حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ وَأَبُو مُعَاوِيَةَ وعَبْدُ اللَّهِ بْنُ نُمَيْرٍ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ عَنْ زِرِّ بْنِ حُبَيْشٍ عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَعَهِدَ إِلَيَّ النَّبِيُّ الْأُمِّيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ لَا يُحِبُّنِي إِلَّا مُؤْمِنٌ وَلَا يُبْغِضُنِي إِلَّا مُنَافِقٌ
Telah memberitahu kami [Ali bin Muhammad] berkata, telah memberitahu kami [Waki'] dan [Abu Mu'awiyah] dan [Abdullah bin Numair] daripada [Al A'masy] daripada [Adi bin Thabit] daripada [Zirri bin Hubaisy] daripada [Ali radliallahu 'anhu] dia berkata; 'Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, al ummi - seorang yang buta huruf - memberi janji kepadaku, bahawa dia tidak akan mencintaiku melainkan seorang mukmin dan tidak akan membenciku melainkan seorang munafik'.