Hadith Representative
Ar Rafi'
Imam Ahmad : 4108حَدَّثَنَا عَفَّانُ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ حَدَّثَنَا الْحَارِثُ بْنُ حَصِيرَةَ حَدَّثَنَا الْقَاسِمُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ حُنَيْنٍ قَالَ فَوَلَّى عَنْهُ النَّاسُ وَثَبَتَ مَعَهُ ثَمَانُونَ رَجُلًا مِنْ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ فَنَكَصْنَا عَلَى أَقْدَامِنَا نَحْوًا مِنْ ثَمَانِينَ قَدَمًا وَلَمْ نُوَلِّهِمْ الدُّبُرَ وَهُمْ الَّذِينَ أَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةَ قَالَ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى بَغْلَتِهِ يَمْضِي قُدُمًا فَحَادَتْ بِهِ بَغْلَتُهُ فَمَالَ عَنْ السَّرْجِ فَقُلْتُ لَهُ ارْتَفِعْ رَفَعَكَ اللَّهُ فَقَالَ نَاوِلْنِي كَفًّا مِنْ تُرَابٍ فَضَرَبَ بِهِ وُجُوهَهُمْ فَامْتَلَأَتْ أَعْيُنُهُمْ تُرَابًا ثُمَّ قَالَ أَيْنَ الْمُهَاجِرُونَ وَالْأَنْصَارُ قُلْتُ هُمْ أُولَاءِ قَالَ اهْتِفْ بِهِمْ فَهَتَفْتُ بِهِمْ فَجَاءُوا وَسُيُوفُهُمْ بِأَيْمَانِهِمْ كَأَنَّهَا الشُّهُبُ وَوَلَّى الْمُشْرِكُونَ أَدْبَارَهُمْ
Telah memberitahu kami ['Affan] telah memberitahu kami [Abdul Wahid bin Ziyad] telah memberitahu kami [Al Harith bin Hashirah] telah memberitahu kami [Al Qasim bin Abdurrahman] daripada [bapanya] dia berkata; [Abdullah bin Mas'ud] berkata, 'Saya pernah bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam semasa perang Hunain. Kemudian orang-orang berpaling daripadanya - dari peperangan - dan hanya tinggal lapan puluh orang Muhajirin dan Ansar, kemudian kami berundur tanpa membelakangkan musuh dan mereka adalah orang-orang yang Allah turunkan sakinah - ketenangan -'. Ibn Mas'ud berkata, 'Dan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, memakai Baghlah - kuda hasil perkahwinan antara keldai dan kuda - berjalan dengan agak cepat sehingga dia miring dari pelana, lalu saya berkata, 'Naiklah, nescaya Allah akan meninggikan kamu'. Nabi bersabda: 'Bawalah kepadaku segenggam tanah'. Dia kemudian menaburkannya ke seluruh muka musuh sehingga mata mereka dipenuhi dengan kotoran. Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berteriak: 'Di mana Muhajirin dan Ansar!' Saya kemudian menjawab, 'Mereka ada'. Nabi kemudian memerintahkan saya untuk berkata: 'Panggil mereka!' Kemudian aku memanggil mereka sehingga mereka datang dengan pedang di tangan kanan mereka seperti kilat dan orang-orang musyrik berlari ke belakang.'