Memeluk Islam, klik di sini
ISLAM AL-HAQ: QURAN & HADITH
(The True Islam)



- Thaharah Haid, Istihadhah, Nifas Wanita haid tidak diperintahkan untuk mengganti shalat

Hadith Search Results :
Total Hadith : 1
Hadith Representative
Wanita haid tidak diperintahkan untuk mengganti shalat
Imam Tirmidzi : 120

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيدٍ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ مُعَاذَةَأَنَّ امْرَأَةً سَأَلَتْ عَائِشَةَ قَالَتْ أَتَقْضِي إِحْدَانَا صَلَاتَهَا أَيَّامَ مَحِيضِهَا فَقَالَتْ أَحَرُورِيَّةٌ أَنْتِ قَدْ كَانَتْ إِحْدَانَا تَحِيضُ فَلَا تُؤْمَرُ بِقَضَاءٍقَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ عَائِشَةَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ أَنَّ الْحَائِضَ لَا تَقْضِي الصَّلَاةَ وَهُوَ قَوْلُ عَامَّةِ الْفُقَهَاءِ لَا اخْتِلَافَ بَيْنَهُمْ فِي أَنَّ الْحَائِضَ تَقْضِي الصَّوْمَ وَلَا تَقْضِي الصَّلَاةَ

telah memberitahu kami [Qutaibah] berkata; telah memberitahu kami [Hammad bin Zaid] daripada [Ayyub] daripada [Abu Qilabah] daripada [Mu'adzah] bahawa seorang perempuan bertanya ['Aisyah], dia berkata; 'Apakah salah seorang di antara kita patut mengqadha' solatnya ketika haid?' lalu dia menjawab, 'Apakah kamu Haruriah -khawarij-? Sesungguhnya di antara kami - isteri-isteri Nabi - ada yang mengalami haidh, tetapi tidak diperintahkan untuk mengqadha'nya'. Abu Isa berkata; 'Hadis ini hasan sahih, ada juga yang meriwayatkan daripada 'Aisyah, bukan dari jalur ini, bahawa wanita haid tidak wajib mengqadha solatnya. Ini adalah pendapat majoriti fuqaha, dan tidak ada perselisihan di antara mereka bahawa wanita yang sedang haidh hendaklah mengqadha puasa dan tidak mengqadha solat'.

Hadith Corroboration :

Imam Ahmad : 22908, 23492, 23519, 23957, 24345
Imam Muslim : 506, 507, 508
Imam Tirmidzi : 120, 717
Imam Ibnu Majah : 623, 1660
Imam Darimi : 963, 968