Memeluk Islam, klik di sini
ISLAM AL-HAQ: QURAN & HADITH
(The True Islam)



- Thaharah Buang hajat dan Istinja Perintahkan suami-suami kalian bersuci dengan air

Hadith Search Results :
Total Hadith : 1
Hadith Representative
Perintahkan suami-suami kalian bersuci dengan air
Imam Tirmidzi : 19

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ وَمُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبِي الشَّوَارِبِ الْبَصْرِيُّ قَالَا حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ مُعَاذَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْمُرْنَ أَزْوَاجَكُنَّ أَنْ يَسْتَطِيبُوا بِالْمَاءِ فَإِنِّي أَسْتَحْيِيهِمْ فَإِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَفْعَلُهُوَفِي الْبَاب عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْبَجَلِيِّ وَأَنَسٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَعَلَيْهِ الْعَمَلُ عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ يَخْتَارُونَ الِاسْتِنْجَاءَ بِالْمَاءِ وَإِنْ كَانَ الِاسْتِنْجَاءُ بِالْحِجَارَةِ يُجْزِئُ عِنْدَهُمْ فَإِنَّهُمْ اسْتَحَبُّوا الِاسْتِنْجَاءَ بِالْمَاءِ وَرَأَوْهُ أَفْضَلَ وَبِهِ يَقُولُ سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ وَابْنُ الْمُبَارَكِ وَالشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ وَإِسْحَقُ

telah memberitahu kami [Qutaibah] dan [Muhammad bin Abdul Malik bin Abu Asy Syawarib Al Bashri] keduanya berkata; telah memberitahu kami [Abu Awanah] daripada [Qotadah] daripada [Mu'adzah] daripada [Aisyah] berkata; 'Perintahkanlah suami kamu untuk bersuci dengan air, aku malu kepada mereka, sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa Sallam melakukannya'. Dalam bab ini juga terdapat hadis daripada sahabat Jarir bin Abdullah Al Bajali iaitu Anas dan Abu Hurairah. Abu Isa berkata; 'Hadits ini hasan sahih, dan ahlul ilmi mengamalkan hadith ini, mereka memilih untuk bersuci dengan air walaupun mereka berpendapat sah bersuci dengan batu, dan mereka lebih suka bersuci dengan air kerana mereka melihat itu lebih utama. Pendapat ini diambil oleh Sufyan Ats Tsauri, Ibnul Mubarak, Syafi'i, Ahmad dan Ishaq'.

Hadith Corroboration :


Imam Tirmidzi : 19
Imam Nasa'i : 46