Hadith Representative
Bermimpi diberi kurma ibnu thab'. tafsir: mulya di dunia dan di akhirat
Imam Abu Dawud : 4371حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رَأَيْتُ اللَّيْلَةَ كَأَنَّا فِي دَارِ عُقْبَةَ بْنِ رَافِعٍ وَأُتِينَا بِرُطَبٍ مِنْ رُطَبِ ابْنِ طَابٍ فَأَوَّلْتُ أَنَّ الرِّفْعَةَ لَنَا فِي الدُّنْيَا وَالْعَاقِبَةَ فِي الْآخِرَةِ وَأَنَّ دِينَنَا قَدْ طَابَ
Telah diceritakan kepada kami [Musa bin Isma'il] berkata, telah diceritakan kepada kami [Hammad] daripada [Tsabit] daripada [Anas bin Malik] bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Tadi malam aku bermimpi seolah-olah kami berada di rumah Uqbah bin Rafi', lalu kami diberi hidangan kurma segar dari kabilah Ibn Thab. Saya kemudian mentafsirkan mimpi itu, bahawa kita akan mendapat kemuliaan di dunia dan balasan yang baik di akhirat. Dan agama kita akan menang'.