Hadith Representative
Rendahkan diri tidak menyeru ke dzat yang tuli dan bukan dzat yang jauh
Imam Bukhari : 2770حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي عُثْمَانَ عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَكُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكُنَّا إِذَا أَشْرَفْنَا عَلَى وَادٍ هَلَّلْنَا وَكَبَّرْنَا ارْتَفَعَتْ أَصْوَاتُنَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ فَإِنَّكُمْ لَا تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلَا غَائِبًا إِنَّهُ مَعَكُمْ إِنَّهُ سَمِيعٌ قَرِيبٌ تَبَارَكَ اسْمُهُ وَتَعَالَى جَدُّهُ
Telah memberitahu kami [Muhammad bin Yusuf] telah memberitahu kami [Sufyan] daripada ['Ashim] daripada [Abu 'Uthman] daripada [Abu Musa Al Asy'ariy radliallahu 'anhu] berkata; Kami pernah bermusafir bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan apabila kami mendaki bukit kami bertalbiyah dan bertakbir dengan suara yang nyaring. Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Wahai manusia, rendahkanlah dirimu kerana kamu tidak menyeru Tuhan yang tuli dan Tuhan yang jauh. Dia sentiasa bersama kamu dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Dekat. Dimuliakan nama-Nya dan ditinggikan kebesaran-Nya'.