Hadith Representative
Kebajikan yang sempurna, menafkahkan harta yang kamu cintai
Imam Bukhari : 1368حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ أَنَّهُ سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُكَانَ أَبُو طَلْحَةَ أَكْثَرَ الْأَنْصَارِ بِالْمَدِينَةِ مَالًا مِنْ نَخْلٍ وَكَانَ أَحَبُّ أَمْوَالِهِ إِلَيْهِ بَيْرُحَاءَ وَكَانَتْ مُسْتَقْبِلَةَ الْمَسْجِدِ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْخُلُهَا وَيَشْرَبُ مِنْ مَاءٍ فِيهَا طَيِّبٍ قَالَ أَنَسٌ فَلَمَّا أُنْزِلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ{ لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ }قَامَ أَبُو طَلْحَةَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَقُولُ{ لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ }وَإِنَّ أَحَبَّ أَمْوَالِي إِلَيَّ بَيْرُحَاءَ وَإِنَّهَا صَدَقَةٌ لِلَّهِ أَرْجُو بِرَّهَا وَذُخْرَهَا عِنْدَ اللَّهِ فَضَعْهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ حَيْثُ أَرَاكَ اللَّهُ قَالَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَخٍ ذَلِكَ مَالٌ رَابِحٌ ذَلِكَ مَالٌ رَابِحٌ وَقَدْ سَمِعْتُ مَا قُلْتَ وَإِنِّي أَرَى أَنْ تَجْعَلَهَا فِي الْأَقْرَبِينَ فَقَالَ أَبُو طَلْحَةَ أَفْعَلُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَسَمَهَا أَبُو طَلْحَةَ فِي أَقَارِبِهِ وَبَنِي عَمِّهِتَابَعَهُ رَوْحٌ وَقَالَ يَحْيَى بْنُ يَحْيَى وَإِسْمَاعِيلُ عَنْ مَالِكٍ رَايِحٌ
Telah memberitahu kami ['Abdullah bin Yusuf] telah memberitahu kami [Malik] daripada [Ishaq bin 'Abdullah bin Abu Talhah] bahawa dia mendengar [Anas bin Malik radliallahu 'anhu] berkata; Abu Talhah adalah orang yang paling banyak hartanya di antara kaum Ansar di kota Madinah berupa kebun pohon kurma dan harta yang paling dicintainya adalah Bairuha’ – perigi di taman itu – yang menghadap ke masjid dan Nabi shallallahu’alaihiwasallam sering masuk ke dalam kebun dan meminum air yang baik itu. Berkata, Anas; Ketika firman Allah Ta'ala turun -QS Alu 'Imran: 92 yang bermaksud-: 'Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan -sempurna-, sehingga kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai', Abu Talhah datang kepada Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dan berkata; 'Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: 'Engkau sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan yang sempurna, sehingga engkau menafkahkan semua harta yang engkau cintai', dan sesungguhnya harta yang paling aku cintai ialah Bairuha' dan aku sedekahkan di jalan Allah dengan mengharap kebaikan dan simpanan pahala di sisi-Nya, maka ambillah ia wahai Rasulullah sebagaimana yang diperintahkan Allah kepadamu. Dia - Anas - berkata: 'Kemudian Rasulullah shallallahu'alaihiwasallam bersabda: Wah, ini harta yang menguntungkan, ini adalah harta yang menguntungkan. Sesungguhnya aku telah mendengar apa yang kamu katakan dan aku rasa lebih baik kamu bersedekah kepada kerabat kamu'. Maka Abu Thalhah berkata: 'Aku akan melaksanakannya, wahai Rasulullah. Maka Abu Talhah membahagikannya kepada kaum kerabatnya dan anak-anak bapa saudaranya. Hadis ini juga disokong oleh [Rauh] dan berkata, [Yaha bin Yahya] dan [Isma'il] daripada [Malik]: 'Pahalanya mengalir secara berterusan'.