Memeluk Islam, klik di sini
ISLAM AL-HAQ: QURAN & HADITH
(The True Islam)



- Malaikat Malaikat Jibril Malaikat Jibril sangat dimusuhi orang Yahudi

Hadith Search Results :
Total Hadith : 1
Hadith Representative
Malaikat Jibril sangat dimusuhi orang Yahudi
Imam Bukhari : 3082

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَامٍ أَخْبَرَنَا الْفَزَارِيُّ عَنْ حُمَيْدٍ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَبَلَغَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ سَلَامٍ مَقْدَمُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ فَأَتَاهُ فَقَالَ إِنِّي سَائِلُكَ عَنْ ثَلَاثٍ لَا يَعْلَمُهُنَّ إِلَّا نَبِيٌّ قَالَ مَا أَوَّلُ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ وَمَا أَوَّلُ طَعَامٍ يَأْكُلُهُ أَهْلُ الْجَنَّةِ وَمِنْ أَيِّ شَيْءٍ يَنْزِعُ الْوَلَدُ إِلَى أَبِيهِ وَمِنْ أَيِّ شَيْءٍ يَنْزِعُ إِلَى أَخْوَالِهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَبَّرَنِي بِهِنَّ آنِفًا جِبْرِيلُ قَالَ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ ذَاكَ عَدُوُّ الْيَهُودِ مِنْ الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَّا أَوَّلُ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ فَنَارٌ تَحْشُرُ النَّاسَ مِنْ الْمَشْرِقِ إِلَى الْمَغْرِبِ وَأَمَّا أَوَّلُ طَعَامٍ يَأْكُلُهُ أَهْلُ الْجَنَّةِ فَزِيَادَةُ كَبِدِ حُوتٍ وَأَمَّا الشَّبَهُ فِي الْوَلَدِ فَإِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَشِيَ الْمَرْأَةَ فَسَبَقَهَا مَاؤُهُ كَانَ الشَّبَهُ لَهُ وَإِذَا سَبَقَ مَاؤُهَا كَانَ الشَّبَهُ لَهَا قَالَ أَشْهَدُ أَنَّكَ رَسُولُ اللَّهِ ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْيَهُودَ قَوْمٌ بُهُتٌ إِنْ عَلِمُوا بِإِسْلَامِي قَبْلَ أَنْ تَسْأَلَهُمْ بَهَتُونِي عِنْدَكَ فَجَاءَتْ الْيَهُودُ وَدَخَلَ عَبْدُ اللَّهِ الْبَيْتَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ رَجُلٍ فِيكُمْ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَلَامٍ قَالُوا أَعْلَمُنَا وَابْنُ أَعْلَمِنَا وَأَخْبَرُنَا وَابْنُ أَخْيَرِنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفَرَأَيْتُمْ إِنْ أَسْلَمَ عَبْدُ اللَّهِ قَالُوا أَعَاذَهُ اللَّهُ مِنْ ذَلِكَ فَخَرَجَ عَبْدُ اللَّهِ إِلَيْهِمْ فَقَالَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ فَقَالُوا شَرُّنَا وَابْنُ شَرِّنَا وَوَقَعُوا فِيهِ

Telah memberitahu kami [Muhammad bin Salam] telah memberitahu kami [Al Fazariy] daripada [Humaid] daripada [Anas radliallahu 'anhu] berkata; 'Abdullah bin Salam telah mendengar berita kedatangan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ke Madinah maka beliau berjumpa dengannya dan berkata; 'Aku akan bertanya tiga perkataan yang tidak dapat diketahui kecuali oleh seorang Nabi. Dia bertanya; 'Apakah tanda-tanda awal hari qiyamat?, dan apakah makanan pertama penghuni syurga dan bagaimana seorang anak boleh menyerupai ayahnya dan bagaimana dia boleh menyerupai ibunya?. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: 'Tadi Jibril 'alaihissalam memberitahuku'. Dia berkata; Maka 'Abdullah bin Salam berkata; 'Dia -Jibnril- adalah malaikat yang sangat memusuhi orang Yahudi'. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Tanda pertama hari qiyamat ialah api yang menjelma dan akan membawa manusia dari timur ke barat. Dan makanan pertama ahli syurga ialah hati ikan yu, sedangkan persamaan antara anak dengan bapanya ialah jika suami mendatangi isterinya, jika air mani suami mendahului air mani isterinya, bererti akan lahir anak yang serupa dengan bapanya, sebaliknya jika air mani isteri mendahului mani suami, maka akan lahirlah anak yang serupa dengan ibunya. Maka 'Abdullah bin Salam berkata; 'Saya bersaksi bahawa baginda adalah Rasulullah'. Kemudian dia berkata lagi; 'Wahai Rasulullah, orang-orang Yahudi adalah kaum yang begitu pendusta - menuduh - jika mereka mengetahui tentang Islamku. Sebelum anda bertanya kepada mereka, mereka juga berbohong kepada saya di sisi anda'. Kemudian orang-orang Yahudi datang dan 'Abdullah masuk ke dalam rumah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Apa pendapat kamu tentang lelaki yang bernama 'Abdullah bin Salam di kalangan kamu?'. Mereka menjawab; 'Dia adalah alim kami dan anak alim kami dan orang kepercayaan kami, anak orang kepercayaan kami. Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda lagi: 'Bagaimana pendapatmu jika 'Abdullah bin Salam memeluk Islam?'. Mereka menjawab; 'Semoga Allah melindunginya dari perbuatan itu'. Kemudian Abdullah bin Salam keluar dan berkata; 'Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah'. Maka mereka berkata; 'Dia adalah orang yang paling jahat di antara kita dan anak orang yang jahat'. Kemudian mereka pergi.

Hadith Corroboration :

Imam Bukhari : 3082, 4120