Hadith Representative
Seandainya tidak akan memberatkan pada ummatku, niscaya aku perintahkan kepada mereka agar bersiwak setiap kali melaksanakan shalat
Imam Tirmidzi : 22حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا عَبْدَةُ بْنُ سُلَيْمَانَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍقَالَ أَبُو عِيسَى وَقَدْ رَوَى هَذَا الْحَدِيثَ مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَقَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَدِيثُ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَزَيْدِ بْنِ خَالِدٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كِلَاهُمَا عِنْدِي صَحِيحٌ لِأَنَّهُ قَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذَا الْحَدِيثُ وَحَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ إِنَّمَا صَحَّ لِأَنَّهُ قَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ وَأَمَّا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَعِيلَ فَزَعَمَ أَنَّ حَدِيثَ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ أَصَحُّ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ وَعَلِيٍّ وَعَائِشَةَ وَابْنِ عَبَّاسٍ وَحُذَيْفَةَ وَزَيْدِ بْنِ خَالِدٍ وَأَنَسٍ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو وَابْنِ عُمَرَ وَأُمِّ حَبِيبَةَ وَأَبِي أُمَامَةَ وَأَبِي أَيُّوبَ وَتَمَّامِ بْنِ عَبَّاسٍ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ حَنْظَلَةَ وَأُمِّ سَلَمَةَ وَوَاثِلَةَ بْنِ الْأَسْقَعِ وَأَبِي مُوسَى
telah memberitahu kami [Abu Kuraib] berkata, telah memberitahu kami [Abdah bin Sulaiman] daripada [Muhammad bin 'Amru] daripada [Abu Salamah] daripada [Abu Hurairah] dia berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: 'Seandainya ia tidak membebankan umatku, nescaya aku benar-benar menyuruh mereka bersiwak setiap kali mereka solat'. Abu Isa berkata; 'Hadis ini telah diriwayatkan oleh [Muhammad bin Ishaq] daripada [Muhammad bin Ibrahim], daripada [Abu Salamah,] daripada [Zaid bin Khalid], daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam'. Dan hadis Abu Salamah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan Zaid bin Khalid dari Nabi shallallahu 'alaihi wa Sallam, pada pendapat saya kedua-duanya adalah sahih. Kerana hadis tersebut tidak hanya diriwayatkan dengan satu jalan iaitu dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wa Sallam, tetapi dari jalan yang lain, maka hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ini sahih. Manakala Muhammad bin Isma'il mendakwa bahawa hadis Abu Salamah yang diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid adalah lebih sahih. Abu Isa berkata; 'Dalam bab ini juga terdapat riwayat daripada Abu Bakar Ash Siddiq, Ali, Aisyah, Ibnu Abbas, Hudzaifah, Zaid bin Khalid, Anas, Abdullah bin 'Amru, Ibnu Umar, Ummu Habibah, Abu Ayyub, Tammam bin Abbas, Abdullah bin Handlallah, Ummu Salamah, Watsilah Al Asqa' dan Abu Musa'.
Hadith Corroboration :
Imam Ahmad : 573, 921, 1738, 7037, 7040, 7105, 7200, 7516, 8814, 8827, 9181, 9548, 10209, 10278, 10448, 15101, 16418, 16433, 20695, 20954, 22388, 24112, 25538, 26147
Imam Bukhari : 838, 6699
Imam Muslim : 370
Imam Abu Dawud : 42, 43, 44, 52, 356
Imam Tirmidzi : 22, 23
Imam Nasa'i : 7
Imam Ibnu Majah : 283
Imam Malik : 132, 133
Imam Darimi : 680, 1447