Memeluk Islam, klik di sini
ISLAM AL-HAQ: QURAN & HADITH
(The True Islam)



Imam Ahmad : 15049

حَدَّثَنَا أَبُو عُبَيْدَةَ يَعْنِي الْحَدَّادَ قَالَ حَدَّثَنَا أَبَانُ قَالَ الْعَطَّارُ عَنْ بُدَيْلٍ عَنْ أَبِي عَطِيَّةَ عَنْ مَالِكِ بْنِ الْحُوَيْرِثِ قَالَ زَارَنَا فِي مَسْجِدِنَا قَالَ فَأُقِيمَتْ الصَّلَاةُ فَقَالُوا أُمَّنَا رَحِمَكَ اللَّهُ فَقَالَ لَا يُصَلِّي رَجُلٌ مِنْكُمْ قَالَ فَلَمَّا قَضَى الصَّلَاةَ قَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا زَارَ رَجُلٌ قَوْمًا فَلَا يَؤُمَّهُمْ يَؤُمُّهُمْ رَجُلٌ مِنْهُمْ

Telah memberitahu kami [Abu 'Ubaidah] iaitu Al Haddad, berkata; telah memberitahu kami [Aban] berkata Al 'Athor daripada [Budail] daripada [Abu 'Athiyyah] daripada [Malik bin Al Huwarits] berkata; Pernah seseorang menziarahi kami ketika kami berada di masjid, dan kemudian diadakan solat. Mereka berkata 'Jadilah imam kami semoga Allah merahmatimu'. Kemudian dia berkata; Tidak, orang yang menjadi imam hendaklah salah seorang daripada kamu. Apabila dia selesai solat dia berkata; Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: 'Jika seseorang menziarahi sesuatu kaum maka janganlah kamu menjadi imam mereka, tetapi imamnya ialah mereka -yang diziarahi-'.