Memeluk Islam, klik di sini
ISLAM AL-HAQ: QURAN & HADITH
(The True Islam)



Imam Ahmad : 11787

حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَخْبَرَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ ثَابِتٍ الْبُنَانِيِّ عَنْ أَنَسٍ قَالَ لَمَّا هَاجَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْكَبُ وَأَبُو بَكْرٍ رَدِيفُهُ وَكَانَ أَبُو بَكْرٍ يُعْرَفُ فِي الطَّرِيقِ لِاخْتِلَافِهِ إِلَى الشَّامِ وَكَانَ يَمُرُّ بِالْقَوْمِ فَيَقُولُونَ مَنْ هَذَا بَيْنَ يَدَيْكَ يَا أَبَا بَكْرٍ فَيَقُولُ هَادٍ يَهْدِينِي فَلَمَّا دَنَوْا مِنْ الْمَدِينَةِ بَعَثَ إِلَى الْقَوْمِ الَّذِينَ أَسْلَمُوا مِنْ الْأَنْصَارِ إِلَى أَبِي أُمَامَةَ وَأَصْحَابِهِ فَخَرَجُوا إِلَيْهِمَا فَقَالُوا ادْخُلَا آمِنَيْنِ مُطَاعَيْنِ فَدَخَلَا قَالَ أَنَسٌ فَمَا رَأَيْتُ يَوْمًا قَطُّ أَنْوَرَ وَلَا أَحْسَنَ مِنْ يَوْمِ دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ الْمَدِينَةَ وَشَهِدْتُ وَفَاتَهُ فَمَا رَأَيْتُ يَوْمًا قَطُّ أَظْلَمَ وَلَا أَقْبَحَ مِنْ الْيَوْمِ الَّذِي تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيهِ

Telah memberitahu kami [Yazid bin Harun] berkata, telah memberitahu kami [Hammad bin Salamah] daripada [Thabit Al Bunani] daripada [Anas] dia berkata; 'Ketika beliau berhijrah ke Madinah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sedang memandu kenderaan manakala Abu Bakar mengikut beliau dari belakang. Abu Bakar terkenal di sepanjang perjalanan kerana dia sering pergi ke Syam, maka apabila dia melewati suatu kaum mereka berkata; 'Wahai Abu Bakar, siapakah orang di sisimu ini?' Abu Bakar menjawab; 'Dia pemandu saya'. Maka apabila baginda mendekati kota Madinah baginda mengutus orang-orang mukmin dari kaum Ansar menemui Abu Umamah dan sahabat-sahabatnya, lalu mereka keluar untuk memberi salam kepadanya. Mereka berkata; 'Masuklah kamu berdua dengan selamat dan kamu akan ditaati,' maka masuklah keduanya'. Anas berkata; 'Aku tidak pernah melihat hari yang lebih cerah dan lebih indah daripada hari ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan Abu Bakar memasuki kota Madinah. Dan apabila aku melihat kewafatan Rasulullah, aku tidak pernah melihat hari yang lebih suram dan sunyi daripada hari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam wafat!'