Hadith Representative
Ash Shamad
Imam Abu Dawud : 4099حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو حَدَّثَنَا سَلَمَةُ يَعْنِي ابْنَ الْفَضْلِ قَالَ حَدَّثَنِي مُحَمَّدٌ يَعْنِي ابْنَ إِسْحَقَ قَالَ حَدَّثَنِي عُتْبَةُ بْنُ مُسْلِمٍ مَوْلَى بَنِي تَيْمٍ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَسَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فَذَكَرَ نَحْوَهُ قَالَ فَإِذَا قَالُوا ذَلِكَ فَقُولُوا اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ثُمَّ لِيَتْفُلْ عَنْ يَسَارِهِ ثَلَاثًا وَلْيَسْتَعِذْ مِنْ الشَّيْطَانِ
Telah memberitahu kami [Muhammad bin Amru] berkata, telah memberitahu kami [Salamah] -maksudnya Salamah Fadhl- dia berkata; telah memberitahuku [Muhammad] - maksudnya Muahammad bin Ishaq - dia berkata; telah menceritakan kepadaku [Utbah bin Muslim] - seorang bekas budak - yang telah dimerdekakan oleh - Bani Taim - daripada [Abu Salamah bin 'Abdurrahman] daripada [Abu Hurairah] dia berkata, 'Saya mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, lalu beliau menyebut hadis tersebut. Beliau berkata: 'Jika mereka berkata demikian, maka katakanlah, '-Dia adalah Allah, Yang Maha Perkasa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada yang setara dengan Dia. - 'Selepas itu hendaklah dia meludah ke kiri tiga kali, dan memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan'.