Hadith Representative
Siapa mengajak kebaikan, mendapat pahala yang mengikutinya dan sebaliknya
Imam Abu Dawud : 3993حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ يَعْنِي ابْنَ جَعْفَرٍ قَالَ أَخْبَرَنِي الْعَلَاءُ يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا
Telah memberitahu kami [Yahya bin Ayyub] berkata, telah memberitahu kami [Isma'il] -maksudnya Isma'il bin Ja'far- dia berkata; telah memberitahuku [Al 'Ala] - maksudnya Al 'Ala` bin 'Abdurrahman daripada [bapanya] daripada [Abu Hurairah] bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Dan barangsiapa yang mengajak mereka kepada kesesatan, niscaya ia mendapat dosa seperti dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun'.